\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Wednesday, March 19, 2014

Sang Ayam dengan Helang



     Pada suatu hari, Sang Ayam sedang berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Tanpa disedarinya, Sang Helang sedang memerhatikan tingkah laku Sang Ayam. Sang Ayam terus berjalan mencari cacing namun gagal.

Sang Helang yang sedang asyik memerhati perbuatan Sang Ayam itu terus terbang menghampiri Sang Ayam. Sang Helang mengajak Sang Ayam untuk terbang bersama-samanya mencari makanan. Namun begitu, Sang Ayam memberitahu bahawa dia tidak boleh terbang seperti Sang Helang kerana sayapnya kecil.

Sang Helang pun memberitahu Sang Ayam bahawa dia mempunyai sebatang jarum emas ajaib. Sang Helang menggunakan jarum emas itu untuk menjahit sayapnya supaya menjadi besar dan lebar sehingga dia boleh terbang tinggi di udara. Sang Ayam sangat tertarik dengan jarum itu dan meminta Sang Helang supaya sudi meminjamkannya.

Sang Helang yang baik hati itu terus meminjamkan jarum emasnya kepada Sang Ayam. Sang Helang meminta Sang Ayam supaya menjaga jarum emas itu dan tidak menghilangkannya. Sang Ayam berjanji untuk menjaga jarum emas itu dengan baik dan akan memulangkannya pada petang nanti. 

Sang Ayam berasa sangat gembira dan terus menjahit sayapnya. Sayapnya menjadi besar dan lebar. Sang Ayam berasa sangat gembira. Sang Ayam terus mencuba sayapnya yang baru itu.

Sang Ayam terus berjalan ke tebing bukit untuk terbang. Sang Ayam mencabut jarum emas itu dengan menggunakan paruhnya untuk memudahkannya terbang. Ketika sedang terbang, Sang Ayam membuka paruhnya kerana dia hendak berkokok. Tanpa disedarinya, jarum emas yang berada pada paruhnya telah jatuh ke bawah bukit.

Sang Ayam berasa terkejut dan terus jatuh ke tanah. Sang Ayam terus mencari jarum emas itu namun gagal. Sang Ayam berasa sangat takut kerana Sang Helang telah berpesan kepadanya supaya menjaga jarum emas itu dengan baik. Sang Ayam berasa menyesal kerana membuka paruhnya ketika terbang tadi.

Ketika Sang Ayam sedang mencari jarum emas, Sang Helang pun datang untuk mengambil jarum emas itu semula. Sang Ayam berasa sangat takut. Sang Ayam memberi pelbagai alasan kepada Sang Helang. Sang Helang mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku. Akhirnya, Sang Ayam berterus-terang dengan Sang Helang tentang kehilangan jarum emas itu. Sang Helang berasa sangat marah.


Sang Helang terus mengugut Sang Ayam bahawa dia tidak akan memaafkan Sang Ayam sekiranya Sang Ayam masih gagal mencari jarum emas miliknya itu. Sang Helang juga berjanji akan memburu dan memakan keturunan Sang Ayam sampai bila-bila. 

Sang Ayam berasa sangat menyesal dengan kecuaiannya. Semenjak itu, Sang Helang terus memburu Sang Ayam untuk memakannya kerana Sang Ayam gagal menemui jarum emas miliknya. 






Nilai-Nilai Murni



Pengajaran

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/saat-memulai-hubungan-baru-bicarakan-4.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/glaukoma-penyebab-terbesar-orang-jadi.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/deretan-fitur-canggih-timbangan-berat.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete