\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Saturday, March 15, 2014

Sang Kambing dengan Buaya





      Sang Kambing dan rakan-rakannya tinggal di sebuah pandang rumput yang luas. Mereka sangat gembira kerana di padang rumput tersebut terdapat rumput yang segar untuk dimakan. 

Pada suatu hari, cuaca panas pun tiba. Rumput yang terdapat di padang itu menjadi kering dan layu. Sang Kambing berasa sangat sedih dan lapar kerana semua rumput yang terdapat di padang itu sudah habis dan hampir mati kelayuan. Sang Kambing berasa sangat lapar. 

Sang Kambing pun berjalan-jalan untuk mencari kawasan padang rumput yang baru. Tiba-tiba, Sang Kambing terjumpa sebauh padang rumput yang sangat cantik. Rumput di padang itu sangat segar dan banyak. Namun begitu, Sang Kambing terpaksa menyeberangi sebatang anak sungai untuk ke padang rumput itu. Kelakuan Sang Kambing itu sebenarnya sedang diperhatikan oleh Sang Buaya yang tinggal di dalam sungai tersebut. 

Tidak jauh daripada tempat Sang Kambing berdiri, terdapat seekor Sang Kancil sedang mencari makanan. Sang Kancil terkejut apabila melihat Sang Buaya sedang berenang di hadapannya dalam keadaan yang mencurigakan. 


Sang Buaya terus berenang untuk menghampiri Sang Kambing untuk memakannya. Sang Kambing tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Sang Buaya. Tiba-tiba Sang Buaya terus menerkam Sang Kambing. Sang Kambing sangat terkejut dan cuba melarikan diri.

Pada masa yang sama, Sang Kancil terus berlari ke arah Sang Kambing untuk menyelamatkannya daripada dimakan oleh Sang Buaya. Sang Kancil melemparkan sebatang ranting ke arah Sang Buaya. 

Ranting itu mengenai mulut dan mata Sang Buaya dan menyebabkan Sang Buaya berasa sakit dan melarikan diri. Sang Kambing berasa lega dan berterima kasih kepada Sang Kancil kerana menyelamatkannya. Setelah itu, Sang Kambing meminta diri untuk pulang. 
 Sang Kambing menceritakan kepada rakan-rakannya peristiwa dia diselamatkan oleh Sang Kancil dan padang rumput segar yang ditemuinya di seberang sungai itu. Ketua kumpulan Sang Kambing pun berbincang cara untuk mereka menyeberangi sungai ke padang rumput itu tanpa dimakan oleh Sang Buaya. Perbincangan mereka menemui jalan buntu. 

Akhirnya, mereka meminta pertolongan daripada Sang Kancil kerana Sang Kancil terkenal dengan tipu muslihatnya mengalahkan haiwan yang lebih besar. Sang Kancil pun berbincang dengan kumpulan Sang Kambing dan dia telah berjaya menemui jalan penyelesaiannya. 
Sang Kancil menyuruh Sang Kambing membahagikan kumpulan mereka kepada dua kumpulan kecil. Satu Kumpulan berada di sebelah kiri hulu sungai dan sebaliknya kumpulan yang lain di sebelah kanan hulu.
Setiap kumpulan perlu bergilir-gilir menyeberangi sungai tanpa berpatah balik. 

Sang Kancil mengingatkan kumpulan Sang kambing supaya sentiasa bekerjasama agar rancangan ini tidak gagal. Sang Kambing dan rakan-rakannya pun melakukan rancangan Sang Kancil itu. Sang Buaya dan rakan-rakannya berusaha mengejar Sang Kambing ke kanan dan ke kiri sungai sehingga mereka kepenatan. 

Tanpa disedari oleh Sang Buaya, Sang Kambing dan rakan-rakannya telah berjaya menyeberangi sungai itu. Sang Buaya berasa sangat marah kerana telah diperdayakan oleh Sang Kambing manakala Sang Kambing dan rakan-rakannya berasa sangat gembira kerana telah berjaya menyelamatkan diri mereka dan dapat menikmati rumput segar di padang itu.





Nilai-Nilai Murni


Pengajaran



No comments:

Post a Comment