Pada
suatu hari, Nabi Yunus a.s. meninggalkan kota Ninawa. Baginda berputus asa kerana
dakwahnya tidak diterima oleh penduduk kota itu. Tanpa disedari, tiba-tiba baginda
telah berada di sebuah pantai. Ketika itu baginda melihat sekumpulan orang yang
dalam keadaan tergesa-gesa menaiki sebuah kapal yang hendak memulakan
pelayaran. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, jurumudi dan penumpang telah
bersepakat untuk meringankan bebanan di atas kapal.
Cara yang terfikir oleh mereka adalah dengan salah seorang daripada penumpang harus terjun ke laut. Untuk menentukan siapakah yang akan terjun ke laut, mereka telah mengadakan undian. Undian pertama, kedua, dan ketiga jatuh kepada Nabi Yunus a.s. Baginda yakin bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah S.W.T yang tidak boleh ditolaknya.
Cara yang terfikir oleh mereka adalah dengan salah seorang daripada penumpang harus terjun ke laut. Untuk menentukan siapakah yang akan terjun ke laut, mereka telah mengadakan undian. Undian pertama, kedua, dan ketiga jatuh kepada Nabi Yunus a.s. Baginda yakin bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah S.W.T yang tidak boleh ditolaknya.
Dalam
keadaan pasrah kepada Allah S.W.T, Nabi Yunus a.s. terjun ke laut dan dibawa
arus gelombang yang dasyat. Di tengah laut bersama dasyatnya gelombang dan
angin yang kencang, Nabi Yunus a.s. berjuang mengharunginya sambil berdoa
kepada Allah. Dengan kasih sayang Allah, tiba-tiba datang seekor ikan Nun (paus)
yang sangat besar menelan Nabi Yunus a.s.
Nabi Yunus a.s. disimpan di dalam perut ikan Nun dalam keadaan selamat. Di
dalam perut ikan itu Nabi Yunus a.s. berdoa, “sesungguhnya tiada Tuhan selain
Allah”.
Ikan
Nun tersebut sudah diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menjaga Nabi Yunus di
dalam perutnya. Ketika itu, ikan Nun terlalu lapar kerana sejak pagi, ikan
tersebut tidak makan apa-apa. Apabila ikan Nun hendak makan anak-anak ikan
lain, ikan Nun teringat kepada manusia mulia yang berada di dalam perutnya. Jika
ikan Nun makan, sudah pasti Nabi Yunus akan tercedera dan ikan Nun mengambil
keputusan untuk berpuasa demi menjaga keselamatan manusia mulia itu. Ikan Nun
berasa gembira dapat berkhidmat kepada insan mulia itu.
Walaupun
berada dalam kesusahan, ikan Nun berenang untuk meneruskan perjalanannya ke
lautan luas. Walaupun badannya semakin lemah tetapi terus juga berenang dengan
semangat yang kuat dan memohon pertolongan Allah. Tiba hari keempat, ikan Nun
tiba di sebuah pulau yang indah.
Perlahan-lahan ikan Nun membuka mulutnya seluas-luasnya supaya Nabi Yunus tidak
cedera dan dapat keluar dengan selamat. Selepas itu, ikan Nun pun berenang ke
dalam laut untuk mencari makanan pada hari itu ikan Nun akan berbuka puasa.
Apa-apa yang ditemuinya nanti itulah
rezekinya. Demikianlah pengorbanan ikan Nun kepada Nabi Yunus a.s.
Nilai
1) Ketaatan dan Kepatuhan
2) Ketabahan
3) Amanah
4) Sabar
Tq
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete