Keesokan harinya, orang kampung heboh
dengan kehilangan kerbau mereka. Mereka mengadu kepada penghulu. Kebetulan
ketika itu Belalang ada di situ. "Bapak saya pandai menilik. Tentu dia
boleh tolong carikan kerbau itu," kata
Belalang. "Betulkah?" tanya penghulu. "Kalau begitu mari
kita jumpa dia." Mereka beramai-ramai menuju ke rumah Pak Belalang.
Pak
Belalang berpura-pura menyamar sebagai ahli nujum dan berkata bahwa kerbau itu
ada di hulu kampung dimana ada sebatang pokok merbau. Orang kampung
beramai-ramai pergi ke tempat itu dan memang benar kerbau itu ada disana.
Mereke memberinya pelbagai hadia sebagai rasa terima kasih. Nama Pak Belalang
menjadi masyur dan banyak orang mencarinya. Hidupnya pub berubah menjadi senang
dan dia tidak perlu bekerja lagi
Pada suatu hari,
sebuah kapal berlabuh di pelabuhan negeri Terang Bulan. Nakhodanya lantas
menghadap sultan "Tuanku," kata nakhoda itu. "Patik dari
negeri Antan Kesuma. Kami ingin beradu kepandaian dengan nujum di sini. Kalau
tuanku menang, kapal kami menjadi milik tuanku. Tapi kalau tuanku kalah, negeri
tuanku menjadi jajahan takluk kami!"
Sultan negeri Terang Bulan
segera memanggil para pembesarnya dan bermesyuarat untuk mencari kata sepakat.
Seorang pembesar memberikan saran untuk meminta Pak Belalang untuk mewakili
negri Terang Bulan. Sultan pun setuju dan menitahkan Pak Belalang menghadap
Tidak
lama kemudian, Pak Belalang masuk menghadap. Dia terketar-ketar ketakutan. Dia
khuatir kalau rahsianya terbongkar. Selama ini dia cuma berpura-pura menjadi
nujum. "Hai Pak Belalang!" titah sultan."Benarkah kamu
seorang nujum yang handal?" "Benar, tuanku!" jawab Pak
Belalang dengan ketakutan. "Bagus!" titah sultan. Baginda berasa
sukacita kerana nujum dari negeri Terang Bulan beradu kepandaian dengan nujum
dari negeri Antan Kesuma.
Sultan
Terang Bulan turut datang. Baginda berharap Pak Belalang dapat menewaskan nujum
dari negeri Antan Kesuma."Soalan pertama!" kata nujum dari negeri
Antan Kesuma.
"Apa binatang, ketika pagi berkaki empat, ketika
tengah hari berkaki dua dan ketika petang berkaki
tiga?" "Manusia!" jawab Pak Belalang dengan
selamba. "Sebab ketika kecil dia merangkak, ketika dewasa, berjalan
dan ketika tua, bertongkat!" Rakyat negeri Terang Bulan bersorak
riang. Jawapan Pak Belalang memang tepat.
"Yang
kedua!" kata nujum negeri Antan Kesuma.
"Bagaimana hendak menentukan yang mana hujung dan yang
mana pangkal kayu ini?" Dia menunjukkan sebatang kayu yang lurus dan sama
besar. Pak Belalang mengambil sebesen air. Dia pun memasukkan kayu itu ke
dalam air."Ini hujung dan ini pangkalnya," kata Pak Belalang.
"Pangkal kayu ini tenggelam dahulu kerana ia lebih berat!"Jawapan Pak
Belalang memang tepat.Sebenarnya, Pak Belalang sudah tahu akan semua jawapan
soalan itu, sebab anaknya, Belalang, telah mendengar perbualan nujum negeri
Antan Kesuma tempoh hari.
Sumber :
http://cintailahceritarakyat.blogspot.com/2011/03/nujum-pak-belalang.html
Nilai
1. Kesyukuran
2. Semangat kemasyarakatan
3. Bersabar
1. Kesyukuran
2. Semangat kemasyarakatan
3. Bersabar
Pengajaran
1. Kita hendaklah menepati masa apabila berjanji.
2. Kita janganlah bersikap tamak kerana akan
merugikan diri sendiri.
3. Kita perlulah bersabar dengan secara ujian
yang
dihadapi.
No comments:
Post a Comment