\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Wednesday, April 23, 2014

Rancangan Pengajaran Harian


Mata pelajaran       : Bahasa Melayu 
Darjah                    : 6 Bestari
Tarikh                    : 29 April 2014 (Selasa)
Jumlah pelajar        : 50 orang
Masa                     : 40 minit (9.15-9.55 pagi)
Tajuk                     : Nilai Murni dalam Pantun Melayu
Bidang                   : Maklumat dan Estetik
Objektif                 : 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 nilai murni yang terdapat dalam pantun yang diedarkan oleh guru secara berkumpulan dalam masa 10 minit.

Kemahiran Bahasa : Bertutur, berfikir
Sistem Bahasa        : Kosa Kata
Pengisian Kurikulum : 
                                Nilai : Keyakinan, kerjasama, tolong-menolong
                                KBKK : Menjana idea, menyusun atur, menyelesaikan masalah
                                ABM : Video, slide, lembaran kerja, kertas sebak, pen marker

Rancangan Pengajaran Harian 



Fasa dan Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
ABM/KBT/Nilai
Fasa 1: Pengenalan dan set induksi
(10 minit)

Objektif : Menarik minat murid

Contoh soalan : 
> Apakah yang kamu 
    faham tentang video  
    tersebut? 
> Apakah nilai yang    
    terdapat dalam video
    tersebut?

> Guru menayangkan video
pendek bertajuk “Ulat dan 
   Semut” kepada pelajar.
> Guru dan pelajar bersoal
   jawab tentang video tersebut
>  Guru mengaitkan video  
    dengan pembelajaran hari
    ini.
ABM :
> Video

KBT :
> Kemahiran berfikir
> Kemahiran bertutur

Nilai :
> Yakin
> Berani

Fasa 2 : Persembahan.
(15 minit)

Objektif : Guru memberi penerangan kepada pelajar.
Contoh soalan :
> Apakah maksud nilai 
   murni?
> Apakah kesan 
   mengamalkan nilai 
   murni dalam 
   kehidupan?
> Apakah langkah yang 
   diambil untuk 
   menerapkan nilai 
   murni dalam
   kehidupan?

> Guru menayangkan slide 
    tentang nilai.                     
> Guru akan menghuraikan 
   maksud nilai kepada murid
   dan mengaitkan dengan
   nilai-nilai yang telah   
  ditetapkan dalam FPN.
> Guru akan mengaitkan  
    pengetahuan sedia ada 
    murid tentang nilai melalui
    teknik penceritaan.
> Guru bersoal jawab dengan
   murid tentang pengetahuan  
   sedia ada mereka.
> Guru akan memaklumkan  
   objektif pembelajaran hari
    ini.
> Guru akan membaca  
   serangkap pantun dan
   mengaitkan nilai murni dalam
   pantun tersebut.

ABM :
> Paparan slide
KBT :
> Kemahiran 
    mendengar
> Kemahiran bertutur
> Kemahiran berfikir

Nilai :
> Yakin

Fasa 3 : Latihan berpandu.
(20 minit)

Objektif : Guru membimbing murid untuk mengenal pasti nilai dalam pantun.



> Guru menyediakan satu  
    permainan ‘cari perkataan
    tersembunyi’ yang 
    mengandungi nilai-nilai  
    murni kepada murid.
> Guru mengedarkan senarai 
    pantun kepada pelajar.
> Guru menyediakan sebuah 
    kotak cabutan yang
    mengandungi nombor 
     soalan pantun.
> Murid dikehendaki 
   mengenal pasti nilai murni 
   yang terdapat dalam pantun 
   dengan bantuan guru secara 
    berpasangan.
> Murid diminta mencari nilai 
    tersebut di dalampermainan
    dengan bantuan guru.

ABM :
>  Permainan 'cari 
     perkataan 
     tersembunyi'
> Soalan pantun 

KBT :
> Kemahiran berfikir
> Kemahiran membaca
> Kemahiranbertutur

Nilai :
> Bekerjasama

Fasa 4 : Latihan kendiri.
(20 minit)

Objektif : Guru memantau gerak kerja murid

> Guru membahagikan murid 
    kepada 6 kumpulan.
> Guru mengedarkan 
    lembaran permainan teka 
    silangkata dan soalan 
    pantun kepada setiap
    kumpulan.
> Murid diminta   
    menyelesaikan teka silang
     kata tersebut secara
    berkumpulan sambil 
    dipantau oleh guru.

ABM :
> Permainan 'teka 
   silang kata'
> Lembaran soalan 
   pantun

KBT :
> Kemahiran membaca
> Kemahiran berfikir

Nilai :
> Yakin
> Berdikari
> Bekerjasama

Fasa 5 : Penaksiran.
(10 minit)

Objektif : Guru membuat penilaian.

> Guru memilih wakil setiap 

   pelajar untuk menjawab dua 
   soalan teka silang kata.
> Guru dan guru menilai 
    jawapan yang diberikan 
    oleh murid bersama-sama.

ABM :
>  Permainan 'teka 
    silang kata'
> Lembaran soalan 
    pantun

KBT :
> Kemahiran berfikir
> Kemahiran bertutur

Nilai :
> bekerjasama
> yakin
Penutup: Rumusan
> Guru meminta murid 
    merumus pembelajaran 
    pada hari ini.

No comments:

Post a Comment