\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Sunday, March 16, 2014

Sajak : Seorang Kanak-Kanak dan Layang-Layang




oleh : Md nizar bin Parman
Parit raja


 Di atas jalan yang berkerikil
Seorang kanak-kanak
Berwajah comot
Berpakaian lusuh
Melangkah lesu melangkahi batas-batas
Waktu
Memandang ke dada langit
Sambil mengheret
Layang-layangnya yang koyak
Tiada
angin
yang bertiup
Namun cuba diterbangkan juga layang-layang
Itu
Di tengah padang impian



Nilai 

1) Harapan


2) Impian


Pengajaran 
1) Kita hendaklah mempunyai harapan yang melangit.
2) Kita hendaklah prihatin kepada kehidupan kanak-kanak

No comments:

Post a Comment