Di sebuah desa, terdapat seorang lebai yang diberi gelaran Lebai Malang. Beliau tinggal di sebuah dusun.
Ketika dalam perjalanan, Pak Lebai terjumpa dengan penduduk kampung yang menghadiri pengebumian jenazah itu. Mereka bertanyakan sebab Pak Lebai tidak hadir semasa upacara pengebumian. Pak Lebai hanya menjawab, "sudahlah, apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya".
Pada petang itu, ketiga-tiga orang tetamu yang mengajak Pak Lebai sebentar tadi menunggu ketibaan Pak Lebai. Namun begitu, Pak Lebai tidak juga datang dan mereka terpaksa menjalankan urusan majlis mereka.
Pada masa yang sama, setelah selesai solat Zohor, Pak Lebai pun duduk memikirkan jemputan yang diterimanya pagi tadi. Dia berfikir majlis manakah yang sepatutnya dia pergi pada petang itu. Jika dia pergi menziarahi jenazah, dia akan menerima sedekah kain putih dan segulung tikar. Kedua, jika dia pergi ke majlis khatam pengajian dan kenduri Maulidur Rasul, dia akan menikmati jamuan makan dan dapat membawa pulang bekalan makanan. Akhirnya, Pak Lebai membuat keputusan untuk menziarahi jenazah terlebih dahulu.
Kemudian, Pak Lebai pun pergi ke majlis khatam pengajian. Setibanya Pak Lebai di sana, semua tetamu sudah hendak pulang. Mereka bertanyakan sebab Pak Lebai tidak hadir semasa majlis berkhatam sebentar tadi. Pak Lebai hanya menunduk dan menjawab, "tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah".
Kemudian Pak Lebai pun berjalan ke majlis kenduri Maulidur Rasul. Setibanya Pak Lebai di sana, semua tetamu juga sudah hendak pulang ke rumah. Mereka bertanyakan kepada Pak Lebai sebab dia tidak hadir ke kenduri tengah ari tadi. Pak Lebai bernasib baik kerana tuan rumah kenduri telah menyimpan sebungkus lempeng untuk Pak Lebai. Pak Lebai pun mengambil bungkusan itu lalu pulang ke rumah.
Ketika dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Pak Lebai teringat akan bungkusan air nira yang diikatnya di atas pohon kabung. Pak Lebai terus menuju ke pokok kabung itu. Pak Lebai terus memanjat pokok kabung dan mengikat bungkusan lempeng pada dahan pokok. Tanpa disedari Pak Lebai, seekor anjing telah menggonggong bungkusan lempengnya. Pak Lebai pun terus membaling bungkusan air nira ke arah anjing tetapi gagal. Pak Lebai pun turun dari pokok kabung lalu mengejar anjing itu.
Semasa mengejar anjing itu, hari sudah beransur malam. Pak Lebai ternampak anjing itu sedang bersembunyi di dalam sebuah lubang kayu. Pak Lebai terus membuka pakaiannya lalu disumbat ke dalam lubang tersebut. Tanpa disedarinya, anjing itu telah melarikan diri melalui lubang kayu kedua. Pak Lebai hanya mampu melihat anjing tersebut melarikan diri bersama-sama dengan bungkusan lempengnya.
Pak Lebai terus menjejaki angjing itu tetapi gagal. Apabila Pak Lebai pulang ke tempat lubang kayu tadi untuk mengambil pakaiannya, Pak Lebai sangat terkejut apabila pakaiannya telah hilang. Pak Lebai pun pergi ke pokok kabung untuk mengambil bungkusan air niranya tetapi dia mendapati bungkusan air nira itu telah pecah. Pak Lebai berasa sangat menyesal dengan perbuatannya yang cuai. Pak Lebai pun pulang ke rumah dengan keadaanya yang tanpa berpakaian itu.
Pak Lebai terus menjejaki angjing itu tetapi gagal. Apabila Pak Lebai pulang ke tempat lubang kayu tadi untuk mengambil pakaiannya, Pak Lebai sangat terkejut apabila pakaiannya telah hilang. Pak Lebai pun pergi ke pokok kabung untuk mengambil bungkusan air niranya tetapi dia mendapati bungkusan air nira itu telah pecah. Pak Lebai berasa sangat menyesal dengan perbuatannya yang cuai. Pak Lebai pun pulang ke rumah dengan keadaanya yang tanpa berpakaian itu.
Disampaikan
semula oleh:
Cheng
Yew Weng 1Digital 2010
Nilai
1.
Kesyukuran
2.
Semangat kemasyarakatan
No comments:
Post a Comment