\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Monday, March 10, 2014

Sang Kancil dengan Sang Buaya





Pada suatu hari, Sang Kancil sedang berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Sang Kancil berasa sangat lapar dan ingin makan buah-buahan. Tidak lama kemudian, Sang Kancil menjumpai sebatang pokok rambutan. Buah rambutan tersebut berwarna merah dan telah masak ranum. 

Sang Kancil ingin mendapatkan buah rambutan itu tetapi pokok buah rambutan itu berada di seberang sungai. Oleh itu, Sang Kancil terpaksa menyeberangi sungai. Namun begitu, sungai tersebut tidak mempunyai jambatan.

      Akhirnya, Sang Kancil mendapat akal. Sang Kancil memanggil Sang Buaya di dalam sungai untuk meminta bantuan. Tiba-tiba, Sang Buaya muncul dan melompat untuk memakan Sang Kancil.

Sang Kancil menggunakan akalnya untuk melepas diri daripada Sang Buaya. Sang Kancil memberitahu Sang Buaya bahawa Raja Sulaiman, iaitu Raja Rimba menjemputnya ke kenduri yang akan diadakan pada minggu hadapan di rumahnya. 
Setelah Sang Buaya dan rakan-rakannya bersetuju, Sang Kancil menyuruh mereka berbaris untuk memudahkannya mengira bilangan mereka. Tanpa membuang masa, Sang Buaya dan rakan-rakannya pun berbaris.
Sang Kancil pun melompat di atas badan Sang Buaya sambil mengira. Perbuatan Sang Kancil itu sedang diperhatikan oleh Sang Tupai. Setelah sampai di seberang sungai, Sang Kancil mengucapkan terima kasih kepada Sang Buaya dan rakan-rakannya. 
    
Sang Kancil berjanji akan memaklumkan kepada Raja Sulaiman tentang persetujuan Sang Buaya untuk menhadiri majlis kenduri Raja Sulaiman. Sang Buaya dan rakan-rakannya bersorak kegembiraan. Sang Kancil berasa lucu dan tanpa disedari Sang kancil ketawa mengejek-ejek Sang Buaya. Sang Kancil mengatakan bahawa mereka telah ditipu olehnya.

Sang Kancil menyatakan bahawa sebenarnya majlis kenduri tersebut sudah diadakan pada minggu lepas. Sang Kancil menyuruh Sang Buaya berbaris di dalam sungai adalah kerana Sang Kancil hendak menyeberangi sungai untuk memakan buah rambutan di seberang sungai itu. Sang Buaya berasa sangat marah dan berjanji akan membalas perbuatan Sang Kancil. Sang Kancil berjalan meninggalkan Sang Buaya dan rakan-rakannya sambil ketawa mengejek-ejek.

Sang Kancil berjalan menuju ke pokok rambutan itu. Terdapat banyak buah rambutan yang ranum telah gugur di tanah. Sang Kancil pun terus memakan buah rambutan itu. Tiba-tiba, Sang Kancil termakan buah rambutan yang sudah buruk dan berulat. Sang Kancil terus mencari air untuk menghilangkan rasa masam buah rambutan yang sudah buruk itu.

Sang Kancil berjaya menemui sebatang anak sungai. Ketika sedang minum, tanpa disedari oleh Sang Kancil, Sang Buaya datang menghampirinya. Sang Buaya terus menggigit kaki Sang Kancil. Sang Kancil terkejut tanpa sempat melarikan diri. Sang Buaya berasa sangat gembira kerana dapat membalas dendam dan Sang Buaya ingin memakan Sang Kancil.  

Sang Kancil mendapat akal untuk mengenakan Sang Buaya. Jeritan Sang Kancil tadi telah menyebabkan rakan-rakan Sang Buaya datang untuk bersama-sama menikmati daging Sang Kancil. Namun begitu, Sang Buaya mengatakan bahawa hanya dia sahaja yang boleh makan Sang Kancil. 

Rakan-rakan Sang Buaya berasa marah dan bersepakat untuk menyerang Sang Buaya. Sang Buaya dan rakan-rakannya bergaduh sehingga menyebabkan Sang Kancil berjaya melepaskan diri. 

Sang Kancil menipu Sang Buaya supaya menggigit sebatang ranting kayu yang seakan-akan kakinya. Tanpa membuang masa, Sang Buaya terus menggigit ranting kayu itu. Sang Kancil terus berlari ke atas sebuah batu yang besar dan tinggi untuk melarikan diri daripada Sang Buaya. Sang Kancil terus mentertawakan Sang Buaya kerana telah berjaya menipunya. Sang Buaya berasa sangat marah dan menyesal kerana telah ditipu oleh Sang Kancil untuk kali kedua.





Nilai-Nilai Murni


Pengajaran



8 comments: