\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Tuesday, March 18, 2014

Sang Kerbau dengan Buaya



      Pada suatu masa dahulu, terdapat seekor Sang Kerbau tinggal di hutan. Sang Kerbau suka keluar berjalan-jalan untuk mencari makan seperti rumput dan bunga-bungaan. Sang Kerbau merupakan seekor haiwan yang baik hati dan sering menolong haiwan lain.

Pada suatu hari, ketika Sang Kerbau sedang mencari makanan, tiba-tiba Sang Kerbau terdengar suara meminta tolong. Sang Kerbau terus mencari arah suara itu. Tidak berapa lama kemudian, Sang Kerbau terserempak dengan Sang Buaya yang sedang meminta tolong. 

Sang Buaya mengaduh kesakitan kerana badannya ditimpa oleh sebatang pokok yang besar. Sang Buaya meminta tolong kepada Sang Kerbau untuk mengangkat batang pokok yang menimpanya itu. Sang Kerbau berasa kasihan melihat Sang Buaya, tetapi dia berasa ragu-ragu untuk menolong. 

Sang Kerbau bimbang dirinya akan dimakan oleh Sang Buaya setelah dia berjaya mengangkat batang pokok itu. Sang Buaya berjanji bahawa dia tidak akan mengkhianati Sang Kerbau. Setelah yakin dengan kata-kata Sang Buaya itu, Sang Kerbau pun berusaha untuk mengangkat batang pokok itu dengang menggunakan tanduknya yang kuat.

Setelah berjaya mengangkat batang pokok itu,  tiba-tiba Sang Buaya terus menggigit kaki Sang Kerbau. Sang Kerbau berasa sangat terkejut dan merayu agar Sang Buaya melepaskan kakinya. Sang Buaya enggan melepaskan kaki Sang Kerbau kerana dia berasa lapar dan mahu memakan Sang Kerbau. 

Sang Kerbau pun merintih meminta tolong. Rintihan Sang Kerbau itu didengari oleh Sang Kancil yang berada tidak jauh dari situ. Sang Kancil terus menghampiri Sang Kerbau dan Sang Buaya. Sang Kerbau menceritakan kejadian yang berlaku kepada Sang Kancil dan memintanya untuk menolong Sang Kerbau. Sang Kancil pun berfikir cara untuk membalas perbuatan Sang Buaya yang tidak mengenang jasa Sang Kerbau itu. 

Sang Kancil pun meminta Sang Kerbau menunjukkan cara-cara dia menolong Sang Buaya dari muala sehingga akhir. Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau tanpa mengetahui bahawa dirinya ditipu oleh Sang Kancil. Semasa Sang Kerbau menunjukkan cara mengangkat batang pokok yang menimpa Sang Buaya, Sang Kerbau tersedar akan tipu helah Sang Kancil. 

Sang Kerbau pun tidak mahu mengangkat batang pokok itu. Sang Buaya yang mula sedar dirinya ditipu terus merayu dan berjanji tidak akan menggigit kaki Sang Kerbau lagi. Sang Kerbau tidak menghiraukan rayuan Sang Buaya itu. Sang Kerbau mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana menolongnya melepaskan diri daripada Sang Buaya sebelum beredar meninggalkan mereka.

Sang Buaya berasa sangat marah kepada Sang Kancil kerana telah menipunya. Sang Kancil mentertawakan Sang Buaya dan menasihatinya supaya tidak mengkhianati dan menghargai pertolongan haiwan lain. Sang Kancil pun meninggalkan Sang Buaya tanpa menolongnya mengangkat batang pokok yang menimpa badan Sang Buaya itu.






Nilai-Nilai Murni


Pengajaran



 

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan/puan, mohon izin ambil bahan sebagai bahan untuk peetandingan. Terima kasih banyak2, moga sentiasa dimurahkan rezeki tuan/puan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, mohon izin untuk dijadikan sebagai rujukan kerja kursus saya

    ReplyDelete