Dalam
sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar
dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat
tingkah laku Luqman itu, ada orang pun berkata, “Lihat orang tua itu yang tidak
bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengar kata-kata daripada orang ramai, maka Luqman pun turun dari keldainya lalu meletakkan anaknya di atas keldai itu. "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya senang hati menaiki keldai itu, sungguh kurang adab anak itu".
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihatlah dua orang itu menaiki seekor keldai, ia menyiksakan keldai itu". Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, makan Luqman dan anaknya turun dari keldai itu. Kemudian, terdengar lagi suara orang berkata "dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki".
Dalam perjalanan pulang, Luqman telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, "sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidaklah ia mengambil peduli melainkan kepada Allah s.w.t sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu perkara".
Nilai
1) Menghormati orang tua
2) Belas kasihan
3) Bertimbang rasa
Pengajaran
1) Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan
menghormati orang tua.
menghormati orang tua.
2) Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam
mengharungi kehidupan bermasyarakat.
mengharungi kehidupan bermasyarakat.
Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan2.htm
No comments:
Post a Comment