Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami
isteri di sebuah kampung. Nama isteri nya, Mak Andeh dan nama suami
nya Pak Pandir.
Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk
membeli lembu. Suami nya bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa
lembu tu ye Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa lembu itu senang
aje. Ia bertanduk dan makan rumput."
"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh,"
fikir nya sendirian.
Dia pun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu
di tangan saudara itu." Sambil Pak Pandir menunjuk sabit di tangan
orang itu.
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu.
"Tidak, itulah lembu. Jualkanlah kepada saya. Saya mahu membeli nya,"
kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.
"Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua duit yang
di beri oleh Mak Andeh tadi.
"Tapi duit apa banyak sangat ni?" orang itu
bertanya kebinggungan. Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus
mengikat sabit tersebut dengan tali dan ditarik pulang, seperti menarik lembu.
"Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap
Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap
hendak melihat lembu yang dibawa pulang.
"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya
Mak Andeh. "Ini! Aku beli dengan semua duit yang engkau beri itu,"
sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu.
Sumber:http://manje-ceria.blogspot.com/2010/05/kisah-pak-pandir-membeli-lembu.html
Nilai
1. Bantu-membantu
2. Bersungguh-sungguh
3. Saling mempercayai
Pengajaran
1. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan.
2. Kita mestilah bersungguh-sungguh melakukan perkerjaan supaya pekerjaan kita menjadi lebih mudah.
3. Kita hendaklah mempercayai orang sekeliling kita dan sentiasa bantu mereka ketika jika mereka salah.
No comments:
Post a Comment