\
Assalamualaikum dan Selamat Datang

Sunday, February 23, 2014

Anjing dengan Bayang-Bayang


      
       Pada zaman dahulu, Sang Anjing dan Sang Bangau berkawan baik. Mereka sangat suka tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka sering keluar berjalan bersama-sama pada waktu petang di dalam hutan. Pada suatu hari, Sang Anjing menjemput Sang Bangau datang ke rumahnya untuk menikmati makan tengah hari. Sang Bangau berasa sanat gembira dan bersetuju untuk pergi ke rumah Sang Anjing.

Sang Anjing telah menyediakan makanan yang lazat untuk Sang Bangau. Namun begitu, Sang Bangau tidak dapat menikmati makanan tersebut kerana makanan tersebut disediakan di dalam sebuah pinggan. 

      Sang Bangau berasa sangat sedih kerana Sang Anjing tidak memikirkan keadaan Sang Bangau yang sukar untuk makan kerana keadaan paruhnya yang panjang. Sang Bangau pun pulang ke rumah dengan perasaan yang hampa. Ketika dalam perjalanan, Sang Bangau terserempak dengan Sang Kancil lalu menceritakan kejadian yang berlaku di rumah Sang Anjing. 

Sang Kancil menasihatkan Sang Bangau supaya bersabar dan tidak berdendam dengan Sang Anjing. Namun begitu, Sang Bangau telah berjanji akan membalas perbuatan Sang Anjing yang mementingkan diri itu.

Pada keesokan harinya, Sang Bangau pergi berjumpa dengan Sang Anjing untuk menjemputnya datang ke rumah Sang Bangau untuk makan tengah hari. Sang Anjing berasa sangat gembira kerana Sang Bangau ingin membalas budinya mengajaknya makan tengah hari yang lalu. Sebaliknya, Sang Bangau telah merancang sesuatu untuk membalas perbuatan Sang Anjing yang bersikap mementingkan diri dan tamak itu.

Ketika tiba di rumah Sang Bangau, dia menghidangkan makanan di dalam sebatang buluh kepada Sang Anjing. Sang Anjing mencuba beberapa kali untuk memasukkan mulutnya ke dalam buluh tersebut namun gagal. Sang Anjing berasa sangat marah kerana Sang Bangau hendak mengenakannya. 

Sang Bangau menjelaskan bahawa dia hendak mengajar Sang Anjing supaya tidak mementingkan diri sendiri dan tamak. Sang Anjing berasa sangat malu dan terus meninggalkan Sang Bangau. Sang Anjing berjalan pulang sambil memikirkan perbuatannya dan berasa letih kerana dia belum makan apa-apa sejak pagi lagi.

Tiba-tiba, Sang Anjing terhidu bau makanan yang lazat. Tanpa membuang masa, Sang Anjing mencari bau makanan tersebut. Akhirnya, Sang Anjing berjaya menemui seketul tulang yang besar. Sang Anjing berasa sangat gembira. 

Sang Anjing menggonggong tulang tersebut untuk dibawa pulang. Ketika dalam perjalanan pulang, Sang Anjing terpaksa melintasi sebuah anak sungai. Tiba-tiba, Sang Anjing ternampak seekor angjing di dalam sungai. Sang Anjing tertarik dengan tulang yang digonggong oleh anjing tersebut.

Akibat sifat tamaknya, Sang Anjing menyalak ke arah anjing itu sehingga menyebabkan tulang yang digonggongnya terjatuh ke dalam sungai. Sang Anjing terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan tulang miliknya. Namun begitu, tulang tersebut telah hanyut di bawa arus sungai. 

Sang Anjing berasa sangat menyesal kerana sikap tamak dan mementingkan dirinya sendiri. Sang Anjing baru tersedar bahawa anjing yang dilihatnya di dalam sungai tadi merupakan bayang-bayangnya sendiri. Sang Anjing berjalan pulang dengan perasan kesal, lapar dan keletihan.





Nilai-Nilai Murni



Pengajaran